Tuesday, March 2, 2010

.::N1 BELKIN Wireless Router::.


Pada 22 Februari 2010 yang lepas, SK Togop Darat telah menerima Wireless Router yang baru menggantikan wireless router lama yang telah rosak @ tidak berfungsi. Wireless Router baru ini menggunakan teknologi N1. Teknologi ini adalah merupakan teknologi baru yang lebih laju dan dapat menampung sehingga jarak 400M. Untuk maklumat lanjut: http:www.belkin.com

SK Togop Darat sangat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak GITN dengan bantuan yang diberikan kepada pihak sekolah kerana Wireless Router ini sangat diperlukan di sekolah ini.

P/S Pada MSSZG yang lepas, SK Togop Darat mendapat 1Emas 1Perak 1Gangsa pada temasya yang berlangsung selama 2 hari di SK Tibabar. Dua orang atlit dari SK Togop Darat iaitu adik Jeisah Asam (tahun 6) dan adik Franteno Juanis (tahun 6) telah mewakili Zon Garas untuk ke peringkat Daerah Ranau... Selamat Maju Jaya kepada mereka.

Tuesday, January 19, 2010

.::SekolaH Bergelap Selama 4 Hari PersekolahaN::.

Sekolah Kebangsaan Togop Darat bergelap selama 4 hari persekolahan iaitu sepanjang 13hb Januari 2010 sehingga 18hb Januari 2010. Bekalan solar hibrid sekolah mengalami kerosakan pada hari rabu lepas (13/01/2010) di mana generator tidak automatically supply tenaga elektrik. Kerosakan ini menyebabkan tenaga elektrik yang dibekalkan oleh solar kecil tidak dapat menampung tenaga elektrik yang diperlukan di sekolah. Ini ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang hujan sepanjang hari tidak dapat membekalkan tenaga solar. Solar hibrid sekolah telah dibaiki pada hari ini (19/01/2010) dan keadaan telah pulih seperti biasa.

Namun begitu, disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak menentu, bekalan air juga tersumbat menyebabkan sekolah terputus bekalan air. Kita amat berharap agar masalah ini dapat diselesaikan dengan segera untuk melancarkan semua perjalanan aktiviti di sekolah. Pihak kantin juga menghadapi masalah disebabkan keadaan ini dan lebih-lebih lagi semua guru yang tinggal di sekolah.

P/S: Sukan Peringkat Zon Garas akan diadakan di SK Tibabar, Ranau pada minggu hadapan iaitu selama 2 hari bermula 27 Januari 2010 sehingga 28 Januari 2010. Latihan sukan untuk semua atlit SK Togop Darat sering terganggu kerana keadaan cuaca yang hujan sepanjang hari. Namun begitu, kita berharap agar persembahan atlit-atlit SK Togop Darat pada sukan itu nanti memberangsangkan..

***Selamat Maju Jaya***

Saturday, January 9, 2010

.::Minggu Pertama Persekolahan 2010::.

Minggu Pertama Persekolahan TahuN 2010 berjalan seperti biasa untuk semua pelajar SK Togop Darat. Hari pertama persekolahan pada 4hb Januari 2010 dihadiri oleh kesemua murid tahun 2 hingga 6. Pendaftaran pelajar tahun 1 juga di adakan. Begitu juga dengan pengambilan pelajar PraSekolah SK Togop Darat. Pendaftaran masih dibuka untuk sesiapa sahaja yang tinggal berdekatan untuk menyekolahkan anak-anak mereka ke PraSekolah. Ini terbuka untuk mereka yang berumur 5-6 tahun sahaja.

Para pendidik dan Kakitangan Sekolah ingin mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah dan Selamat Belajar kepada semua pelajar dan selamat memasuki alam persekolahan kepada mereka yang baru memasuki alam persekolahan. Semoga tahun ini pencapaian sekolah dalam bidang Kurikulum dan Ko Kurikulum akan lebih meningkat.

Thursday, November 19, 2009

::Majlis Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Togop Darat 2009::















Pada 18 November 2009, SK Togop Darat dengan jayanya telah menyempurnakan Majlis Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Togop Darat 2009. Majlis ini telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Ranau, En. Maharin Mahali. Majlis bermula seawal jam 9.00 pagi tetapi majlis dirasmikan sedikit lewat daripada tentatif awal kerana En. Maharin terlibat dengan perasmian majlis yg sama di SK. Pinawantai, Ranau.

Namun begitu, majlis telah disempurnakan dengan jayanya hasil kerjasama para guru, orang kampung dan pelajar sendiri. Tahniah kita ucapkan kepada semua penerima anugerah kecemerlangan baik dari sudut kurikulum mahupun ko-kurikulum. Semoga pencapaian pelajar dapat ditingkatkan lagi pada masa hadapan.







Tuesday, November 17, 2009

::Lawatan GTL Schools::















Lawatan GTL Schools bagi Zon Sabah & Labuan telah berjalan dengan lancarnya pada 11-13 November lepas. Tempat-tempat lawatan adalah seperti berikut:
1) Muzium Negeri Sabah
2) Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Kota Kinabalu
3) Muzium Marin, Universiti Malaysia Sabah (UMS)

SK Togop telah disertai oleh 19 pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun 4, 5 dan 6 diiringi oleh 4 orang guru iaitu En. Joseprin Abdullah, En. Lerry Ah Chin, Cik Mastora Kairin dan Cik Rosne Musily.
















Above are some of the pictures taken in the visit. No pictures taken at Muzium Negeri because its strictly prohibited to take picture in there.

Wednesday, November 4, 2009

::Hari Sukan Sekolah::

Minggu peperiksaan telah berlangsung dengan jayanya pada minggu lepas walaupun terdapat sedikit kekangan dan gangguan kerana printer sekolah bermasalah sejak 2 minggu lepas. Namun begitu atas dedikasi guru-guru sekolah SK Togop Darat, berbagai alternatif telah diambil untuk melaksanakan minggu peperiksaan tersebut.

Seterusnya pada minggu ini, semua guru sibuk memeriksa kertas jawapan para pelajar dan Unit ICT sekolah membantu dalam memasukkan markah-markah pelajar dalam sistem yang telah dibangunkan oleh pihak Setiausaha Peperiksaan sekolah yang ditempatkan di makmal sekolah.

Disamping itu, sekolah juga sibuk dengan sukan sekolah. Sukan sekolah akan diadakan pada minggu hadapan iaitu pada 9 dan 10 November 2009 (Isnin&Selasa). Sukan peringkat SK Togop Darat telah di bahagikan kepada 4 pasukan iaitu MERAH, BIRU, HIJAU dan KUNING. Sepanjang minggu ini, pemilihan atlit untuk mewakili setiap rumah sukan dijalankan. Pihak sekolah sungguh berbangga dengan kerjasama dan penglibatan daripada semua pelajar.

Semoga Hari Sukan Sekolah berlangsung dengan lancarnya pada minggu hadapan.

Recent news:
Penginapan untuk Lawatan GTL Schools adalah di North Borneo Cabin (Lelaki) & Borneo Gaya Lodge (Perempuan). Lokasi tempat penginapan ini adalah di Gaya Street, Bandaraya Kota Kinabalu.

Tuesday, October 27, 2009

::Peperiksaan Semester Ke-2 2009::

Minggu ini merupakan minggu Peperiksaan bagi SK Togop Darat, Ranau.

Peperiksaan bermula pada hari kelmarin iaitu 26hb Oktober 2009 sehingga 30hb Oktober 2009.
Para Pendidik SK Togop Darat mengucapkan selamat menjawab soalan peperiksaan, semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan lebih baik daripada keputusan semester pertama dahulu.


Recent news:
Lawatan GTL Schools bagi Zon Sabah/Labuan telah ditetapkan pada 11,12 & 13hb November 2009. Tempat Lawatan adalah seperti yang telah dirancangkan dahulu iaitu Muzium Negeri Sabah, Marine UMS dan Kampung Budaya Monsopiad.