Tuesday, January 19, 2010

.::SekolaH Bergelap Selama 4 Hari PersekolahaN::.

Sekolah Kebangsaan Togop Darat bergelap selama 4 hari persekolahan iaitu sepanjang 13hb Januari 2010 sehingga 18hb Januari 2010. Bekalan solar hibrid sekolah mengalami kerosakan pada hari rabu lepas (13/01/2010) di mana generator tidak automatically supply tenaga elektrik. Kerosakan ini menyebabkan tenaga elektrik yang dibekalkan oleh solar kecil tidak dapat menampung tenaga elektrik yang diperlukan di sekolah. Ini ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang hujan sepanjang hari tidak dapat membekalkan tenaga solar. Solar hibrid sekolah telah dibaiki pada hari ini (19/01/2010) dan keadaan telah pulih seperti biasa.

Namun begitu, disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak menentu, bekalan air juga tersumbat menyebabkan sekolah terputus bekalan air. Kita amat berharap agar masalah ini dapat diselesaikan dengan segera untuk melancarkan semua perjalanan aktiviti di sekolah. Pihak kantin juga menghadapi masalah disebabkan keadaan ini dan lebih-lebih lagi semua guru yang tinggal di sekolah.

P/S: Sukan Peringkat Zon Garas akan diadakan di SK Tibabar, Ranau pada minggu hadapan iaitu selama 2 hari bermula 27 Januari 2010 sehingga 28 Januari 2010. Latihan sukan untuk semua atlit SK Togop Darat sering terganggu kerana keadaan cuaca yang hujan sepanjang hari. Namun begitu, kita berharap agar persembahan atlit-atlit SK Togop Darat pada sukan itu nanti memberangsangkan..

***Selamat Maju Jaya***

3 comments:

  1. Kasian oh kan Sikol kamu Black Out.. tu lah baaa.. tu Perwira dulu buat sinsai saja tu solar... kami cni Pinawantai pun gitu juga ba dulu.. hehehehe..

    ReplyDelete
  2. Kita ada Full line tak lama lagi kat kawasan kita.. sokonglah laman blog kita di
    http://full-linesignal.blogspot.com
    http://pinawantairanau.blogspot.com

    kalau jadi..maka jadilah..hahaha

    ReplyDelete
  3. Hamsun: Mungkin la tu..dorang sinsai2 ja kali buat...tp ada jg be da dorg p tgk2 tu solar kdg2...

    Celcom Maxis Digi: Harap2 la... coming soon... susah oo kalo xda line.. huhu:-(

    P/S: ya,marila sama2 menyokong blog2 kita...

    ReplyDelete