Monday, April 26, 2010

.::Pesta Ko-Kurikulum Zon Garas::.

Pada 15hb April 2010 yang lepas, Pesta Ko-Kurikulum bagi peringkat Zon Garas yang terdiri dari enam buah sekolah telah diadakan di SK Tibabar di mana SK Togop Darat telah menghantar seramai 33 peserta bagi 10 acara yang diikuti iaitu Bercerita Tahap 1 & 2, Nyanyian Kategori Lelaki & perempuan, Pidato, Bercerita KadazanDusun, Sayembara Puisi & Lagu, Congkak, Batu Seremban dan Action Song.

SK Togop Darat telah mendapat beberapa tempat untuk pertandingan yang dijalankan seperti:
1) Johan: Sayembara Puisi & Lagu
2) Naib Johan: Nyanyian Lagu Asli Kategori Lelaki
3) Ketiga: Congkak & Action Song

Tahniah kita ucapkan kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Semoga kita mendapat pencapaian yang lebih memberangsangkan pada tahun hadapan dan tahun-tahun berikutnya...

P/S Untuk Pertandingan Sayembara Puisi & Lagu, SK Togop Darat akan mewakili Zon Garas untuk Pesta Ko-Kurikulum Peringkat Daerah Ranau yang akan diadakan di SK Perancangan.