Thursday, November 19, 2009

::Majlis Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Togop Darat 2009::















Pada 18 November 2009, SK Togop Darat dengan jayanya telah menyempurnakan Majlis Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Togop Darat 2009. Majlis ini telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Ranau, En. Maharin Mahali. Majlis bermula seawal jam 9.00 pagi tetapi majlis dirasmikan sedikit lewat daripada tentatif awal kerana En. Maharin terlibat dengan perasmian majlis yg sama di SK. Pinawantai, Ranau.

Namun begitu, majlis telah disempurnakan dengan jayanya hasil kerjasama para guru, orang kampung dan pelajar sendiri. Tahniah kita ucapkan kepada semua penerima anugerah kecemerlangan baik dari sudut kurikulum mahupun ko-kurikulum. Semoga pencapaian pelajar dapat ditingkatkan lagi pada masa hadapan.







Tuesday, November 17, 2009

::Lawatan GTL Schools::















Lawatan GTL Schools bagi Zon Sabah & Labuan telah berjalan dengan lancarnya pada 11-13 November lepas. Tempat-tempat lawatan adalah seperti berikut:
1) Muzium Negeri Sabah
2) Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Kota Kinabalu
3) Muzium Marin, Universiti Malaysia Sabah (UMS)

SK Togop telah disertai oleh 19 pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun 4, 5 dan 6 diiringi oleh 4 orang guru iaitu En. Joseprin Abdullah, En. Lerry Ah Chin, Cik Mastora Kairin dan Cik Rosne Musily.
















Above are some of the pictures taken in the visit. No pictures taken at Muzium Negeri because its strictly prohibited to take picture in there.

Wednesday, November 4, 2009

::Hari Sukan Sekolah::

Minggu peperiksaan telah berlangsung dengan jayanya pada minggu lepas walaupun terdapat sedikit kekangan dan gangguan kerana printer sekolah bermasalah sejak 2 minggu lepas. Namun begitu atas dedikasi guru-guru sekolah SK Togop Darat, berbagai alternatif telah diambil untuk melaksanakan minggu peperiksaan tersebut.

Seterusnya pada minggu ini, semua guru sibuk memeriksa kertas jawapan para pelajar dan Unit ICT sekolah membantu dalam memasukkan markah-markah pelajar dalam sistem yang telah dibangunkan oleh pihak Setiausaha Peperiksaan sekolah yang ditempatkan di makmal sekolah.

Disamping itu, sekolah juga sibuk dengan sukan sekolah. Sukan sekolah akan diadakan pada minggu hadapan iaitu pada 9 dan 10 November 2009 (Isnin&Selasa). Sukan peringkat SK Togop Darat telah di bahagikan kepada 4 pasukan iaitu MERAH, BIRU, HIJAU dan KUNING. Sepanjang minggu ini, pemilihan atlit untuk mewakili setiap rumah sukan dijalankan. Pihak sekolah sungguh berbangga dengan kerjasama dan penglibatan daripada semua pelajar.

Semoga Hari Sukan Sekolah berlangsung dengan lancarnya pada minggu hadapan.

Recent news:
Penginapan untuk Lawatan GTL Schools adalah di North Borneo Cabin (Lelaki) & Borneo Gaya Lodge (Perempuan). Lokasi tempat penginapan ini adalah di Gaya Street, Bandaraya Kota Kinabalu.

Tuesday, October 27, 2009

::Peperiksaan Semester Ke-2 2009::

Minggu ini merupakan minggu Peperiksaan bagi SK Togop Darat, Ranau.

Peperiksaan bermula pada hari kelmarin iaitu 26hb Oktober 2009 sehingga 30hb Oktober 2009.
Para Pendidik SK Togop Darat mengucapkan selamat menjawab soalan peperiksaan, semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan lebih baik daripada keputusan semester pertama dahulu.


Recent news:
Lawatan GTL Schools bagi Zon Sabah/Labuan telah ditetapkan pada 11,12 & 13hb November 2009. Tempat Lawatan adalah seperti yang telah dirancangkan dahulu iaitu Muzium Negeri Sabah, Marine UMS dan Kampung Budaya Monsopiad.

Wednesday, September 9, 2009

::UPSR 2009::


SK Togop Darat mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
kepada seluruh Murid Tahun 6.

.:Good Luck:.

Wednesday, September 2, 2009

::SelamaT BerpuasA::



.::Warga SK Togop Darat Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Kepada Seluruh Muslimin dan Muslimah::.

:>Selamat Menjalani Ibadah Puasa<:

Thursday, August 6, 2009

.::Lawatan GTL Schools Ditunda::.

Lawatan GTL Schools bagi Zon Sabah dan Labuan terpaksa ditunda ke satu tarikh yang lain berikutan penularan wabak selesesa babi (H1N1) di seluruh Malaysia khususnya di Bandaraya Kota Kinabalu sendiri.

Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan Labuan telah meengeluarkan memorandum bagi melarang sebarang aktiviti lawatan ke tempat-tempat yang telah disyaki dengan wabak H1N1 ini termasuklah aktiviti dalam dan luar negara.

Pihak Sekolah dan GITN Sdn. Bhd. terpaksa menunda lawatan ini demi untuk keselamatan semua peserta lawatan (Pelajar dan Guru) dan tarikh lawatan yang baru akan dimaklumkan kemudian.

Sekian.

Thursday, July 30, 2009

.::Welcome To SK.Togop Darat BloG::.


Salam Sejahtera kepada semua....

Ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Togop Darat Ranau Sabah.

Terima Kasih.