Wednesday, November 4, 2009

::Hari Sukan Sekolah::

Minggu peperiksaan telah berlangsung dengan jayanya pada minggu lepas walaupun terdapat sedikit kekangan dan gangguan kerana printer sekolah bermasalah sejak 2 minggu lepas. Namun begitu atas dedikasi guru-guru sekolah SK Togop Darat, berbagai alternatif telah diambil untuk melaksanakan minggu peperiksaan tersebut.

Seterusnya pada minggu ini, semua guru sibuk memeriksa kertas jawapan para pelajar dan Unit ICT sekolah membantu dalam memasukkan markah-markah pelajar dalam sistem yang telah dibangunkan oleh pihak Setiausaha Peperiksaan sekolah yang ditempatkan di makmal sekolah.

Disamping itu, sekolah juga sibuk dengan sukan sekolah. Sukan sekolah akan diadakan pada minggu hadapan iaitu pada 9 dan 10 November 2009 (Isnin&Selasa). Sukan peringkat SK Togop Darat telah di bahagikan kepada 4 pasukan iaitu MERAH, BIRU, HIJAU dan KUNING. Sepanjang minggu ini, pemilihan atlit untuk mewakili setiap rumah sukan dijalankan. Pihak sekolah sungguh berbangga dengan kerjasama dan penglibatan daripada semua pelajar.

Semoga Hari Sukan Sekolah berlangsung dengan lancarnya pada minggu hadapan.

Recent news:
Penginapan untuk Lawatan GTL Schools adalah di North Borneo Cabin (Lelaki) & Borneo Gaya Lodge (Perempuan). Lokasi tempat penginapan ini adalah di Gaya Street, Bandaraya Kota Kinabalu.

No comments:

Post a Comment