Monday, May 24, 2010

.::PSKPPS Peringkat Zon Garas 2010::.

Pada minggu ini, Sukan PSKPPS akan diadakan selama dua hari di SMK Timbua & SK Timbua yang bermula esok hari 25 Mei 2010. Kepada semua guru yang terlibat mewakili SK Togop Darat diucapkan Selamat Maju Jaya.

P/S Pada hari Khamis ini iaitu 27 Mei 2010 akan diadakan Bengkel SSQS/ICT kepada semua SK/SMK/SJK/SRK bagi Daerah Ranau yang akan diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah Ranau.

Monday, May 17, 2010

.::Peperiksaan Semester Pertama SK Togop Darat 2010::.


Sepanjang minggu ini akan diadakan
Peperiksaan Semester Pertama SK Togop Darat Sesi 2010

bermula
17hb Mei 2010 hingga 20 Mei 201
0
sebelum peperiksaan untuk Ujian Lisan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dilaksanakan pada hari berikutnya.

Para Pendidik SK Togop Darat mengucapkan selamat menjawab dan selamat berjaya kepada semua murid SK Togop Darat.

.......................................................................................

P/S Pada Hari Jumaat yang lepas iaitu pada 14hb Mei 2010, satu taklimat mengenai Penyelenggaraan Peralatan ICT telah diadakan di SK Kilimu Ranau yang mana telah dihadiri oleh semua pentadbir/guru ict/juruteknik komputer SK, SMK, SJK, SRK bagi daerah Ranau yang mana membincangkan mengenai prosedur-prosedur untuk melaksanakan proses penyelenggaraan peralatan ICT sekolah pada tahun ini. Taklimat ini telah dikendalikan oleh pihak PKG & PPD Ranau serta BTPN Sabah.

P/S Kem Kesihatan yang dilaksanakan pada minggu lepas 14hb & 15hb mei 2010 (Jumaat & Sabtu) telah berlangsung dengan jayanya atas kerjasama pihak Klinik Kesihatan Perancangan, SK Togop Darat dan warga Kampung sekeliling. Kem Kesihatan ini dilaksanakan untuk manfaat semua komuniti disekitar kawasan kampung ini. Kem ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Joachim Gunsalam, ADUN N 29 Kundasang pada hari Sabtu, 15hb Mei 2010. Kerjasaman daripada semua pihak ini amatlah memberangsangkan dan diharapkan akan dikekalkan pada masa-masa akan datang.

Friday, May 7, 2010

.::Persekolahan GantiaN::.

Pentadbiran SK Togop Darat telah memutuskan untuk mengadakan sekolah ganti selama 2 hari iaitu pada 8 Mei 2010 (Sabtu) dan juga pada 15 Mei 2010 (Sabtu). Pada 8 Mei 2010, sekolah akan menggunakan jadual pada hari khamis selain mengadakan perjumpaan Ko-Kurikulum dan pada sabtu berikutnya iaitu pada 15 Mei 2010 pihak sekolah menggunakan jadual pada hari jumaat.

Di samping itu, pada hari sabtu tersebut pihak sekolah terlibat dengan Kem Kesihatan yang dikendalikan oleh Klinik Kesihatan Perancangan, Ranau di mana taklimat dan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada umum dijalankan. Selain itu, pelbagai aktiviti sampingan juga akan diadakan seperti sukaneka dan sebagainya. Kem Kesihatan ini akan berlangsung selama 2 hari iaitu pada 14 & 15 Mei 2010 ( Jumaat & Sabtu). Semua penduduk Kampung Togop Darat dan sekitarnya dijemput hadir untukmelancarkan lagi majlis ini.

Penganjur mengharapkan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak untuk merealisasikan majlis ini untuk kebaikan bersama.

P/S Pada Pesta Ko-kurikulum peringkat daerah Ranau yang lepas, SK Togop Darat tidak mendapat sebarang tempat tetapi bangga kerana ini adalah penyertaan pertama daripada pihak sekolah untuk acara Sayembara Puisi dan Lagu ini. Syabas dan Tahniah kepada semua yang terlibat.