Tuesday, January 19, 2010

.::SekolaH Bergelap Selama 4 Hari PersekolahaN::.

Sekolah Kebangsaan Togop Darat bergelap selama 4 hari persekolahan iaitu sepanjang 13hb Januari 2010 sehingga 18hb Januari 2010. Bekalan solar hibrid sekolah mengalami kerosakan pada hari rabu lepas (13/01/2010) di mana generator tidak automatically supply tenaga elektrik. Kerosakan ini menyebabkan tenaga elektrik yang dibekalkan oleh solar kecil tidak dapat menampung tenaga elektrik yang diperlukan di sekolah. Ini ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang hujan sepanjang hari tidak dapat membekalkan tenaga solar. Solar hibrid sekolah telah dibaiki pada hari ini (19/01/2010) dan keadaan telah pulih seperti biasa.

Namun begitu, disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak menentu, bekalan air juga tersumbat menyebabkan sekolah terputus bekalan air. Kita amat berharap agar masalah ini dapat diselesaikan dengan segera untuk melancarkan semua perjalanan aktiviti di sekolah. Pihak kantin juga menghadapi masalah disebabkan keadaan ini dan lebih-lebih lagi semua guru yang tinggal di sekolah.

P/S: Sukan Peringkat Zon Garas akan diadakan di SK Tibabar, Ranau pada minggu hadapan iaitu selama 2 hari bermula 27 Januari 2010 sehingga 28 Januari 2010. Latihan sukan untuk semua atlit SK Togop Darat sering terganggu kerana keadaan cuaca yang hujan sepanjang hari. Namun begitu, kita berharap agar persembahan atlit-atlit SK Togop Darat pada sukan itu nanti memberangsangkan..

***Selamat Maju Jaya***

Saturday, January 9, 2010

.::Minggu Pertama Persekolahan 2010::.

Minggu Pertama Persekolahan TahuN 2010 berjalan seperti biasa untuk semua pelajar SK Togop Darat. Hari pertama persekolahan pada 4hb Januari 2010 dihadiri oleh kesemua murid tahun 2 hingga 6. Pendaftaran pelajar tahun 1 juga di adakan. Begitu juga dengan pengambilan pelajar PraSekolah SK Togop Darat. Pendaftaran masih dibuka untuk sesiapa sahaja yang tinggal berdekatan untuk menyekolahkan anak-anak mereka ke PraSekolah. Ini terbuka untuk mereka yang berumur 5-6 tahun sahaja.

Para pendidik dan Kakitangan Sekolah ingin mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah dan Selamat Belajar kepada semua pelajar dan selamat memasuki alam persekolahan kepada mereka yang baru memasuki alam persekolahan. Semoga tahun ini pencapaian sekolah dalam bidang Kurikulum dan Ko Kurikulum akan lebih meningkat.