Showing posts with label Julai 2010. Show all posts
Showing posts with label Julai 2010. Show all posts

Thursday, July 1, 2010

.::Penyelenggaraan Komputer 2010::.

Pada hari ini 1Julai 2010, pihak kontraktor yang telah dipertanggungjawabkan untuk membaik pulih segala kerosakan komputer telah datang ke SK Togop Darat Ranau untuk menyelenggara komputer yang telah rosak. Terdapat 3 buah komputer yang perlu diselenggara oleh pihak kontraktor tetapi hanya 2 buah yang siap untuk diselenggara. Namun begitu. kita sangat bertuah kerana kita telah dibekalkan dengan sebuah LCD monitor baru, 2 unit 1GB RAM dan juga Keyboard baru untuk menggantikan yang peralatan komputer yang lama.

Pihak Sekolah amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak kontraktor ikerana sanggup untuk datang ke sekolah untuk menjalankan proses penyelenggaraan 2 unit komputer tersebut.

Pihak sekolah berharap agar peruntukan seperti ini akan terus disalurkan kepada pihak sekolah untuk kemudahan dan kebaikan semua.

Tuesday, June 22, 2010

.::Majlis Menandatangani Buku Rekod Pelajar & Penyampaian KWAPM::.

Pada hari ini 22hb Jun 2010 telah diadakan Majlis Menandatangani Buku Rekod Pelajar bagi sesi persekolahan semester pertama 2010. Majlis ini telah dihadiri oleh semua ibu bapa penjaga murid-murid SK Togop Darat Ranau untuk melihat prestasi dan pencapaian anak jagaan mereka dalam peperiksaan semester pertama yang telah diadakan sebelum cuti persekolahan penggal pertama yang lepas. Disamping itu, Penyampaian KWAPM dan e-Kasih bagi tahun ini juga telah disempurnakan dan disampaikan oleh Guru Besar SK Togop Darat, En. Haimin Dusilin dan dibantu oleh Guru Penolong Hal Ehwal Murid Sekolah, Ust. Ahmad Humaizi Hj. Salleh. Penyampaian KWAPM & eKasih telah diadakan sebelum Majlis Menandatangani Buku Rekod Pelajar.

Kita sangat berharap agar pencapaian murid-murid untuk semester kedua akan lebih cemerlang lagi disamping menggunakan wang KWAPM yang telah diberikan kepada mereka untuk kegunaan yang berfaedah bagi meningkatkan lagi pencapaian murid-murid dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.