Thursday, September 30, 2010

.::Sambutan Hari Raya - Perpisahan - Kedatangan::.

Pada 29 September 2010 (Rabu), SK Togop Darat telah mengadakan Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi peringkat sekolah di samping meraikan kedatangan guru baru iaitu En. Maahrif yang berpindah dari SK Lohan, Ranau. Warga sekolah amat mengalu-alukan kedatangan beliau ke sekolah ini.

Pada hari itu juga, pihak sekolah amat berdukacita kerana akan ditinggalkan oleh dua orang guru yang amat berdedikasi dan telah menaburkan banyak bakti terhadap sekolah. Jadi, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Perpisahan untuk meraikan Cikgu Joseprin Abdullah dan Cikgu Kamarul Anuar Yusoff yang akan berpindah masing-masing ke SK Waang, Ranau dan SK Sentul II, Kuala Lumpur.

Kita amat berbangga kerana majlis ini telah berjalan dengan lancarnya di samping dipertontonkan juga satu video dedikasi daripada Cikgu Joseprin sepanjang beliau bertugas di SK Togop Darat dari tahun 2003 hingga 2010.

Tuesday, September 21, 2010

.::UPSR 2010::.

Warga SK Togop Darat Mengucapkan

Selamat menempuh UPSR bagi murid-murid Tahun 6. Semoga berjaya dan tenang menghadapi situasi mencabar ini. Anda adalah generasi penentu masa depan keluarga.

Selamat Berjaya Kepada Semua.


P/S: Di kesempatan ini semua warga SK Togop Darat juga ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.