Thursday, November 19, 2009

::Majlis Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Togop Darat 2009::















Pada 18 November 2009, SK Togop Darat dengan jayanya telah menyempurnakan Majlis Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Togop Darat 2009. Majlis ini telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Ranau, En. Maharin Mahali. Majlis bermula seawal jam 9.00 pagi tetapi majlis dirasmikan sedikit lewat daripada tentatif awal kerana En. Maharin terlibat dengan perasmian majlis yg sama di SK. Pinawantai, Ranau.

Namun begitu, majlis telah disempurnakan dengan jayanya hasil kerjasama para guru, orang kampung dan pelajar sendiri. Tahniah kita ucapkan kepada semua penerima anugerah kecemerlangan baik dari sudut kurikulum mahupun ko-kurikulum. Semoga pencapaian pelajar dapat ditingkatkan lagi pada masa hadapan.







Tuesday, November 17, 2009

::Lawatan GTL Schools::















Lawatan GTL Schools bagi Zon Sabah & Labuan telah berjalan dengan lancarnya pada 11-13 November lepas. Tempat-tempat lawatan adalah seperti berikut:
1) Muzium Negeri Sabah
2) Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Kota Kinabalu
3) Muzium Marin, Universiti Malaysia Sabah (UMS)

SK Togop telah disertai oleh 19 pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun 4, 5 dan 6 diiringi oleh 4 orang guru iaitu En. Joseprin Abdullah, En. Lerry Ah Chin, Cik Mastora Kairin dan Cik Rosne Musily.
















Above are some of the pictures taken in the visit. No pictures taken at Muzium Negeri because its strictly prohibited to take picture in there.

Wednesday, November 4, 2009

::Hari Sukan Sekolah::

Minggu peperiksaan telah berlangsung dengan jayanya pada minggu lepas walaupun terdapat sedikit kekangan dan gangguan kerana printer sekolah bermasalah sejak 2 minggu lepas. Namun begitu atas dedikasi guru-guru sekolah SK Togop Darat, berbagai alternatif telah diambil untuk melaksanakan minggu peperiksaan tersebut.

Seterusnya pada minggu ini, semua guru sibuk memeriksa kertas jawapan para pelajar dan Unit ICT sekolah membantu dalam memasukkan markah-markah pelajar dalam sistem yang telah dibangunkan oleh pihak Setiausaha Peperiksaan sekolah yang ditempatkan di makmal sekolah.

Disamping itu, sekolah juga sibuk dengan sukan sekolah. Sukan sekolah akan diadakan pada minggu hadapan iaitu pada 9 dan 10 November 2009 (Isnin&Selasa). Sukan peringkat SK Togop Darat telah di bahagikan kepada 4 pasukan iaitu MERAH, BIRU, HIJAU dan KUNING. Sepanjang minggu ini, pemilihan atlit untuk mewakili setiap rumah sukan dijalankan. Pihak sekolah sungguh berbangga dengan kerjasama dan penglibatan daripada semua pelajar.

Semoga Hari Sukan Sekolah berlangsung dengan lancarnya pada minggu hadapan.

Recent news:
Penginapan untuk Lawatan GTL Schools adalah di North Borneo Cabin (Lelaki) & Borneo Gaya Lodge (Perempuan). Lokasi tempat penginapan ini adalah di Gaya Street, Bandaraya Kota Kinabalu.